-->

Bagaimana Menukar Screen Resolution

From Mahir IT - Tips Komputer dan Teknologi Maklumat

Apakah yang dimaksudkan dengan Screen Resolution? Ia adalah merujuk kepada jumlah pixel (titik berwarna kecil) yang anda miliki pada Screen komputer anda. Resolution yang paling diminati pada masa sekarang adalah 1024x768. Ia sesuai bagi komputer berukuran 17 inci.

Bagaimanapun sesetengah orang mempunyai screen resolution yang rendah seperti 800x600 yang mana membuatkan ikon dan halaman web nampak besar sangat.

Mengubah screen resolution dalam windows ikuti tips yang diberikan dibawah:

1. Pada desktop, klik kanan di kawasan yang bebas. Suatu senarai menu akan muncul. Seperti dibawah.
Tips Komputer
2. Klik pada Properties (Bahagian bawah sekali). Suatu Properties box akan muncul keluar. Seperti gambar dibawah.

Komputer
3.Pilih Settings tab pada Display Properties box.

Tips Komputer
4. Gunakan slide bar yang kecil pada sebelah bawah untuk mengubah suai screen resolution yang diinginkan dan Klik OK. Kemudian Windows akan mengesahkan bahawa anda hendak mengubah screen resolution. Jika anda tekan OK ia kanan tukar dengan segera. Anda perlu sahkan sekali lagi dan anda selesai.

Tips-Tips Komputer yang berkaitan:

Read more...

Bagaimana Turn Windows XP Firewall on atau off?

From Mahir IT - Tips Komputer Dan Teknologi Maklumat

Jika sebuah Komputer mempunyai antivirus atau program firewall yang sedang run, ia adalah sangat penting bagi kita hendak mematikan Windows firewall dan virus protection. Jika tidak ia akan menganggu pencegahan terhadap komputer.

Dimanakah Windows Security Settings tersebut?

1. Pergi ke Start Menu >control panel>Security
Center

Untuk mematikan Windows firewall ikuti tips dibawah:

1. Pergi ke control panel, kemudian pilih security center
2. Kemudian pada resource box sebelah kiri, pilih change the way Security center alerts me

Tips Komputer3. Un-tick mana-mana dari tiga kotak tersebut. Jika hendak disable antivirus, hanya un-tick pada box virus protection. Kebanyakannya program-program pakej security mempunyai kedua-dua fungsi antivirus dan firewall. Pastikan anda tahu apa program-program yang dilakukan sebelum menyahatifkan apa-apa.

Tips Komputer4. Menghidupkan firewall, tick kotak firewall. Anda juga boleh mematikan firewall melalui control panel dan memilih Windows Firewall.

Notes:
Jika security centre tidak dipamerkan dalam control panel, ini bererti anda belum lagi muat turun windows updates.

Tips-Tips Komputer yang berkaitan :

Read more...

Restore kembali Desktop yang hilang

From Mahir IT - Tips Komputer dan Teknologi Maklumat

Kadang-kadang semua akan hilang daripada desktop (komputer crashes) apabila berlakunya error dalam program yang digunakan. Disini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk restore kembali desktop tanpa restart komputer.

Jika pernah kehilangan Desktop tetapi Explorer masih berjalan, ia boleh dilakukan untuk mengembalikan desktop tersebut dalam Windows box.

1.Click
Start
2.Click
Run
3.Type kan
" . "
4. Kemudian tekan Enter
Jika Explorer tidak terdapat, kita boleh restart sendiri dengan melakukan seperti berikut:

1. Tekan
Ctrl, Alt dan delete pada masa yang sama. Ini akan mempamerkan task manager.
2. Pastikan kita berada pada TabApplication.

Tips Komputer
3. Pergi ke bawah, ia terdapat tiga pilihan, pilih
New Task.
4. Taip
Explorer.exe dan tekan OK.

KomputerJika anda rasakan tips ini berguna atau ada yang perlu nak tambah pada artikel ini, sila la hubungi saya.

Semoga Berjaya..

Tips-Tips Komputer yang berkaitan:

Read more...

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP