-->

Tips Komputer - Mencipta Fail dan Folder tanpa nama

Tips komputer ini akan membenarkan anda untuk mencipta fail dan folder tanpa sebarang nama.

Hanya ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pilih mana-mana fail atau folder
2. Klik kanan pada fail atau folder tersebut, pilih rename atau hanya tekan kekunci F2.
3. Tekan dan tahan kekunci alt. Semasa menahan kekunci alt, taipkan nombor 0160 daripada nombor bahagian numpad.

Nota: Taipkan nombor 0160 daripada numpad dan bukannya daripada kekunci nombor pada bahagian atas papan kekunci anda.

4. Tekan enter dan fail atau folder tanpa nama akan diwujudkan.

Sebab: Fail atau folder yang nampak seperti tidak mempunyai nama fail sebenarnya adalah dinamakan dengan “space”.

Tetapi bagaimana jika anda hendak wujudkan fail dan folder tanpa nama yang lain dalam direktori yang sama?

Ini bermakna anda perlu menamakan semula fail atau folder tersebut dengan 2 “space”.

Ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Pilih mana-mana fail atau folder

2. Klik kanan pada fail atau folder tersebut, pilih rename atau hanya tekan kekunci F2.

3. Lepaskan kekunci alt. sekarang tanpa melakukan apa-apa, sekali lagi tahankan kekunci alt dan tekan nombor 0160

4. Tekan enter dan anda akan mempunyai fail yang tidak mempunyai nama yang kedua dalam direktori yang sama.

5. Ulangi langkah 3 untuk mewujudkan seberapa banyak fail atau folder tanpa nama pada direktori yang sama.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP