-->

Windows Tips - Pilih Account pengguna yang anda ingin login secara automatik ketika memulakan Windows Vista

Tiada sesiapa pun yang akan masukan username atau password mereka setiap kali mereka hendak menggunakan Komputer. Terutamanya jika ia adalah sebuah komputer di rumah yang belum mendapatkan informasi penting untuk dilindungi. Masuk ke account pengguna anda secara automatik adalah mimpi orang yang malas. Walaubagaimanapun, ia juga memudahkan sesiapa yang login ke komputer anda. Tetapi Ini akan menghilangkan perlindungan password, jadi bila komputer di on kan ia akan secara langsung masuk ke akaun pengguna yang telah disetkan untuk login komputer anda.

KomputerDibawah ini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka akaun secara automatic:

1. Dalam Windows Vista pergi ke start menu.

2. Pilih run daripada menu tersebut atau pergi ke search bar.

3. Taip control userpasswords2 dan tekan enter.

4. User Accounts window akan muncul. (Gambar Rajah diatas)

5. Sekarang pilih a user name.

6. Jangan tandakan pada box "Users must enter a user name and password to use this computer".

7. Tekan apply. Anda akan ditanya untuk enter the password pada akaun ini. Sekiranya tiada password biarkan ia kosong.

8. Tekan ok dan exit.

9. Restart komputer anda dan ia akan login pada akaun secara automatic.

10. Jika anda ingin menukar akaun untuk login, anda perlu kembali sekali lagi dan pilih akaun pengguna yang di on kan secara automatic, tandakan box tadi sekali lagi, mulakan dari awal untuk mengubah setting ke account lain.

Nota:

1. Ia hanya satu akaun untuk login pada satu masa. Anda mesti offkan nya terlibih dahulu untuk setup akuan yang lain.
2. Jangan gunakan teknik ini pada komputer yang mempunyai banyak maklumat yang anda rasakannya maklumat sulit bagi anda.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP