-->

MENAMPILKAN MENU LAMA DENGAN FILE, EDIT, TOOL, DAN VIEW PADA WINDOWS VISTA.

Saya sangat suka untuk menggunakan menu klasik stail lama bila menggunakan Windows Vista Explorer. Terdapat menu bagi item-item yang tersembunyi daripada kita. Antaranya adalah file, edit, tools, view dan menu help yang terdapat pada setiap explorer windows dalam XP.

Klasik menu ini membolehkan anda untuk mengubah setting-setting yang penting seperti folder option, dimana ia sendiri memiliki sekurang-kurangnya 30 pengaturan tersendiri.

Di sini adalah bagaimana untuk menampilkan stail Klasik menu yang lama (file, edit, tools, and view)
  1. Pergi ke start menu dan pilih documents daripada menu
  2. Sekarang tekan kekunci Alt pada papan kekunci
  3. Menu klasik akan muncul.
  4. Jika anda tekan Alt sekali lagi ia akan hilang.
Ini hanyalah sementara kerana menu klasik tidak akan kekal. Next time sekiranya anda pergi mana-mana komputer ataupun document anda perlu menekan Alt sekali lagi.

Untuk mengekalkan menu klasik pada Windows Vista Explorer anda perlu:
  1. Buka computer atau documents daripada menu start
  2. Tekan kekunci Alt untuk memaparkan menu klasik
  3. Sekarang pergi ke tools menu dan pilih Folder Options
  4. Pada gerenal tab dibawah tasks tandakan Use Windows Classic Folders.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP