Bagaimana Mengunci & Menghapus fail peribadi?
Drag’n’Crypt ULTRA 2.0.0 adalah perisian penyulitan (encryption) yang mampu melindungi fail sulit persendirian. Perisian kecil ini dilengkapi teknologi algoritma TEA yang kukuh. Ia amat mudah digunakan, hanya dengan mengheret dan melepaskan fail yang terlibat. Anda hanya perlu menarik dan melepaskan fail (yang belum atau sudah dikunci) pada “zon sasaran” yang disediakan. Proses mengunci atau membuka fail dilakukan secara automatic dan sepantas kilat. Fail yang telah dikunci juga boleh dipadam dengan selamat.
Aplikasi Cybershredder 1.10 pula boleh menghapus dan memusnahkan fail sulit dan persendirian dengan pantas, selamat dan segera kekal. Ia akan menindan ruang yang digunakan oleh sesebuah fail menggunakan data tertentu dan menghapuskan fail tersebut. Selain mudah digunakan, utility ini mengunakan tiga kaedah berbeza dan boleh diharap. Perlu diingat fail/folder yang dihapuskan tidak boleh didapatikan semula, biarpun menggunakan apa sahaja perisian pemulihan. Sehubungan itu jangan sampai terpadam fail penting tanpa disengajakan.
Tag: Kunci Hapus Drag’n’Crypt ULTRA 2.0.0 Cybershredder 1.10
0 comments:
Post a Comment