-->

Mencipta Koleksi Pintasan Mudah alih

Anda boleh membuka sesebuah aplikasi, tapak web atau fail menerusi pintasannya. Sebenarnya pintasan ini boleh dicipta pada bila-bila masa yang sesuai ditempatkan di mana-mana lokasi. Malah anda boleh mencipta koleksi pintasan yang bebasuntuk dibawa ke mana-mana menerusi storan mudah alih, seperti pemacu mudah USB. Kini, koleksi pintasan anda tidak lagi terikat dengan sesebuah PC atau aplikasi. Ini bukan mustahil jika anda menggunakan perisian seperti Remora USB Quick Launch 1.9.

Aplikasi percuma ini mampu melancar atau membuka sesebuah tapak web, aplikasi dan fail dengan pantas. Selain mencipta dan menyimpan koleksi pintasan,perisian kecil ini boleh ditempatkan dalam pemacu USB untuk dibawa bergerak. Pemacu USB kemudiannya boleh disambungkan kepada mana-mana PC. Misalnya, anda boleh mengakses tapak web yang digemari menerusi pintasan yang ada dalam storan tersebut. Selain percuma ia juga amat mudah digunakan. Anda bolehlah muat turun secara percuma di tapak web http://www.richskills.com/products/5/freeversion.asp

Tag:Koleksi Pemacu USB Remora USB Quick Launch Aplikasi Percuma

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP