-->

Terputus sambungan rangkaian semasa dial-up internet

Semasa anda melayari laman-laman web kegemaran anda menggunakan dial-up internet connection, panggilan-panggilan masuk anda boleh menimbulkan masalah pada modem anda jika option panggilan menunggu dalam aturan modem anda adalah dalam keadaan “enable”. Modem anda mungkin seringkali terputus daripada sambungan internet. Biasanya apabila anda nyahaktifkan option panggilan menunggu pada modem anda dan sesiapa sahaja yang cuba hubungi anda akan mendapat talian yang sibuk semasa dalam sambungan internet. Anda perlu selalu nyahaktifkan option panggilan menunggu untuk mengelak daripada sebarang gangguan sambungan internet pada modem anda.

1. Untuk nyahaktifkan option panggilan menunggu, pertama klik pada butang start, kemudian Network Connections.

2. Disini klik dua kali pada internet connection anda dan klik pada butang properties kemudian pilih General

3. Dibawah tab General pilih box Use Dialing Rules kemudian klik pada butang dialing rules.

4. Disini pilih My Location kemudian klik pada butang edit. Dibawah tab General pilih pilihan To disable call waiting dial dan letak apa-apa nombor dalam box seterusnya seperti *32.

5. Akhir sekali klik pada butang OK dan dail connection anda sekali lagi.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP