-->

Microsoft Office - Wrapping Text sekeliling Table dalam Word 2007

Sekiranya anda adalah pengguna yang seringkali menggunakan MS Word table dan merasakan sukar hendak mengetahui bagaimana nak wrap teks document anda di sekeliling table. Ikuti langkah-langkah yang akan saya berikan nanti.

Mungkin ada diantara anda yang tidak jelas dengan penggunaan MS Word 2007 dan mungkin banyak yang telah berputus asa bagaimana nak warp teks dalam table ini.

Kepada sesiapa yang tidak berjaya mencari penyelesaianya disini saya akan terangkannya.

Seperti sedia maklum, sebelum anda dapat warp teks, anda mestilah telah mempunyai table dalam document. Dan kemudian klik kanan pada table tersebut.
Daripada menu yang telah terpapar pilih Table Properties.( Anda juga dapat mencapai Table properties dengan menggunakan Table Tools).

Sekarang, anda telah berada dalam Table Properties dialog window.

Pada bahagian bawah anda akan melihat dua pilihan teks wrapping.

Jika anda pilih Around dan klik OK anda akan mendapati yang teks dalam dokumen anda telah di wrapping di sekeliling Table.

Ini boleh dilakukan sama dengan bagaimana nak wrapping grafik
Sekarang masa anda untuk ‘Wrap’ dokumen anda.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP