-->

Bagaimana memulihkan master boot record (MBR pada hard drive secara manual)

Pertama sekali anda mesti tahu apa yang diperlukan untuk memulihkan master boot record(MBR) pada cakera keras anda. Lihat dibawah ini:

1. Sebuah CD Original versi penuh Windows XP. Ini adalah CD yang digunakan untuk komputer anda. Note: Versi OEM mungkin tidak mempunyai option ini, ia bergantung kepada company darimana ia datang ( Dell, Acer, HP, etc)
2. Anda perlu tahu password administrator bagi pemasangan Windows anda.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk memulihkan master boot record:

  • Letakan CD Original Windows XP ke dalam cd drive komputer anda
  • Restart komputer anda dan pastikan ia memaparkan mesej press any key to boot from the cd
  • Selepas itu anda mesti tekan mana-mana kekunci di keyboard anda untuk memulakannya dari cd tersebut.
  • Sekiranya ia tak memaparkan apa yang sepatutnya seperti pada langkah 3, anda perlu masuk ke BIOS dan tukar arahan boot kepada boot from CD.
  • Skrin biru akan muncul dan anda berada dalam proses.
  • Anda mungkin perlu tekan F8 untuk menyetujui Windows Setup agreement
  • Selepas itu option setup akan muncul.
  • Jangan tekan ENTER kerana instalation Windows akan mula dari awal dan anda akan hilang semua data anda pada harddisk.
  • Tekan huruf R pada keyboard untuk memasuki Recovery Console
  • Semasa Recovery Console mula anda perlu masukan nombor yang sepadan dengan pemasangan yang anda ingin repair. Contohnya jika anda hanya mempunyai satu windows yang dipasang pada komputer, anda hanya menekan hanya nombor 1 sahaja. Sekiranya anda mempunyai dua sistem operasi pada komputer, dan anda nak repair yang kedua anda tekan lah nombor 2
  • Sekarang masukan password Administrator anda untuk pemasangan windows.
  • Pada Recovery Console command prompt, taip fixmbr.
  • Anda akan ditanya untuk mengesahkannya dengan menekan kekunci Y untuk Yes
  • Sekarang Master Boot Record anda akan diperbaiki
Sekarang jika ia tidak berjaya, anda dapat juga repair boot sector tersebut dengan langkah-langkah yang diberikan tetapi taip fixboot menggantikan fixmbr

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP