-->

Tips Komputer - Bagaimana masuk ke dalam BIOS Anda dan mengubah Setting dalam BIOS

Lambat laun anda perlu juga untuk memasuki ke dalam sistem BIOS komputer anda dan mengubah sesetengah aturannya. Bagi saya, sebab utama saya perlu masuk ke dalam BIOS adalah untuk menetapkan arahan-arahan dan urutan boot komputer.

Pembuatan jenis komputer yang berbeza dan model-model mempunyai versi yang berbeza dan jenis-jenis BIOS bagaimanapun ia semua mempunyai asas-asas umum tetapi masih mempunyai perbezaan.

Untuk mencapai bios pada mana-mana computer anda mesti lihat pada startup screen pada komputer. Ia biasanya memaparkan “To enter setup press….” Beberapa kekunci-kekunci yang biasa perlu ditekan adalah seperti F1, F2 atau kekunci delete. Anda mesti tekan kekunci ini semasa startup screen dipaparkan. Jika tidak, anda perlu restart komputer anda sekali lagi

Apabila anda telah masuk ke bios ia akan mempunyai menu untuk anda pilih. Sesetengah bios mempunyai aturan boot seperti item menu, tetapi ia tidak memerlukan anda untuk mencarinya. Bila anda menjumpainya, tukar CD rom untuk menjadi pilihan boot pertama, kemudian hard drive menjadi yang pilihan kedua. Untuk menukarnya kembali ke asal, ulangi langkah-langah yang sama

Nota:

1. Lihat pada bahagian bawah skrin untuk mengetahui bagaimana hendak membuat perubahan. Ia akan memberitahu anda mana satu kekunci yang perlu ditekan.

2. Jangan tukar apa-apa sekiranya anda dalam keadaan ragu-ragu. Mengubah aturan-aturan pada bios akan mudah menyebabkan komputer anda mengalami masalah

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP