-->

Mahir Teknologi Maklumat – Bagaimana Mengubahsuai Dokumen Berformat PDF

Sesetengah perisian boleh menghasilkan dokumen PDF yang lebih selamat. Contohnya dokumen PDF yang dilindungi dengan kata laluan {password} atau dibataskan fungsinya. Sementara itu aplikasi percuma seperti Portable PDFTK Builder 3.2 membolehkan anda mengubahsuai dokumen PDF mengikut cita rasa anda.Ini termasuklah mencantum sebuah fail tunggal,memisahkan halaman fail PDF menjadi fail berasingan, menambah latar/cop pada halaman tertentu, atau memutar halaman yang diingini.

Perisian ini mempunyai 4 fungsi asas yang dikenali sebagai Collate(Mencamtumkan Fail), Split(Memisahkan fail), Background / Stamp(menambah Latar / Cop), dan Rotate (memutar halaman). Selain itu, sekiranya anda hendak menyekat tindakan tertentu terhadap fail PDF berkenaan seperti sekatan untuk mencetak, menyalin, dan mengubahsuai kandungannya, perisian ini mampu menyediakan ciri perlindungan dengan kata laluan(Password).Perisian ini juga bersifat mudah alih dan sesuai dipasang {install} ke dalam storan USB flash {thumbdrive}.

Tag: Ubahsuai Dokumen PDF Fail Berasingan Portable PDFTK Builder

0 comments:

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP